Monday, December 6, 2010

Update WiGa KITA 2010...=))

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...sahabat2,kakak2 yang disayangi kerana Allah...
semoga semuanya berada dalam keberkatannya nya hari ini dan seterusnya....

PENDAFTARAN WiGa KITA 2010:
alhamdulillah.....terima kasih kepada yang mendaftar untuk menyertai WiGA kali ini...
untuk makluman semua,pendaftaran telahpun ditutup.
kepada yang sudah memberikan nama,berikut ini adalah sedikit info dan update untuk kita semua ye...


YURAN PENYERTAAN:

  • bayaran yang dikenakan adalah sebanyak Rs 2000 setiap seorang.
    (termasuk pengangkutan,makanan,tempat tinggal dan peralatan)
  • kepada sisters di Bangalore,antunna diminta untuk menjelaskan bayaran selewatnya-lewatnya sebelum malam ni,(7dec2010) kepada saudari atikah dolah(ajk pendaftaran)
  • kepada sisters luar dari Bangalore(manipal,manipal,karad,mangalore,devangere),antunna boleh buat bayaran semasa Winter Gathering,17dec akan datang.

MAKLUMAN PERGERAKAN:
  • kita semua akan berkumpul di Bangalore pada jam 2 petang,17december2010.
  • sehubungan itu,sister dari luar Bangalore diminta untuk memaklumkan jadual pergerakan (tiket) dari tempat antunna ke Bangalore,sama ada by bus or by plane atau sebagainya(jam berapa,hari apa dsb)
  • juga maklumkan pergerakan pulang antunna sebaik sahaja berakhir WiGa nanti...
  • bagi sisters di Bangalore sendiri,sila maklumkan jadual kelas pada hari jumaat 17dec itu 
  • semua perkara di atas boleh terus dimaklumkan pada saudari tika dolah.
  • makluman di atas penting untuk menguruskan perjalanan kita pada hari jumaat,17dec 2010 tu ya sahabat2...kerjasama dari antunna semua sgt kami hargai.

BERTOLAK KE NANDI HILL:
insyaAllah,seperti dirancang setakat ini,kita akan bertolak dari Bangalore ke Nandi Hill(lebih kurang 1 jam dari tempat kami) pada jam 5petang(rancangannya mcm tu).

MAKLUMAN TAMBAHAN:
segala peralatan yang dirasakan sesuai untuk WiGa nanti,insyaAllah akan diupdate pada masa terdekat..

jazakillah khairan kathira....


~kita merancang,Allah juga merancang,dan sebaik-baik perancang itu adalah Allah S.W.T~
=))semoga yang dirancang berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan disisiNya

Tuesday, November 30, 2010

HATI... bila dibasahi iman... ^_^

assalamualaikum sisters...

apa khabar iman dan amal hari ini?
moga2 terus dapat menikmati dan mensyukuri segala nikmat dan  rahmat Ilahi dengan penuh kesedaran, keinsafan dan penuh pengharapan (^_^)

teringat saya kepada quote seorang sister...

hidayah ni umpama hujan. dia akan turun dan membasahi kawasan yg dicover oleh awan dan ke mana angin meniup awan tu.dan yg uniknya adalah tanah yg disirami hujan. ada tanah yang menumbuhkan pokok bunga yang indah dan buah-buahan yang enak selepas hujan turun. manfaatnya dirasai oleh sang burung, herbivor, omnivor dan termasuk manusia. pendek kata, memang banyak manfaat bila tanah tu, menumbuhkan pokok2 indah selepas hujan.

dalam keadaan lain, ada tanah yang tidak menumbuhkan apa2, biar pun disimbahi air hujan yang banyak. basah seketika tetapi kering semula selepas beberapa ketika. perubahan pada tanah? tiada. hanya basah lalu kering kembali. pendek kata, agak rugi hujan tu turun tetapi tidak memberi manfaat pada manusia.

ada juga keadaan, air hujan yang turun membawa maut. air tu tertakung dalam bekas, lama2 menjadi sarang nyamuk. nyamuk ni membiak dan membiak lalu membunuh manusia. memang bahaya! ada juga yang bertakung, lalu busuk sendiri. hanya nyamuk dan benda2 kotor sahaja yang mampu berada di dalam air busuk itu. pendek kata, memang bahaya dan menakutkan bila air hujan yang turun sekadar bertakung, kerana boleh busuk dan membunuh manusia!"

begitulah juga hati kita. hidayah allah akan datang tanpa kita sedar dan hanya boleh disense oleh sesungut hati kita, bukan sesungut akal. bila hati yang menakung hidayah itu dapat mengalirkannya ke segenap tubuh dan manusia lain, ianya pasti mendatangkan manfaat yang sangat besar. allah itu terlalu pengasih untuk sentiasa menurunkan hujan hidayah pada kita. dan untuk merasainya, kita sendiri perlu merasa indah dan nikmat bila diturunkan hujan.

kerana itulah, kita perlu menyemai terlebih dahulu benih2 iman dan cinta pada allah. agar nanti, bila hujan hidayah turun, akan tumbuh di sana pokok2 bunga indah dan pokok2 buah2an lazat yang mencantikkan dan mengasyikkan dalam taman hati kita. pada detik itu, tentu karat2 jahiliah cuba untuk menempel terus. namun, kita sendiri akan berasa jelik melihat karat jahiliah itu mencemari taman hati kita...

!_! betapa BANYAK pun DOSA telah kita lakukan, ALLAH YANG MAHA MENGAMPUNI segala dosa, terus-terusan menurunkan hujan hidayah pada kita... dan yang boleh sedar akan hal ini, adalah HATI !_!


JOM, SAMA2 KENALI DIRI KITA, SELAMI HATI KITA, DAN FAHAMI KENAPA KITA DIJADIKAN ALLAH DI MUKA BUMI YANG AMAT LUAS INI!!!

Jumpa ANDA di WINTER GATHERING 2010
- AT TORIQ ILA QULUBUNA-
-JALAN KE HATI KITA -

@

Nandi Hills, Bangalore


Insyaallah ^_^

Saturday, November 20, 2010

Update WiGa KITA 2010...

assalamualaikum w.b.t
apa kahabar iman dan amal kita semua hari ini?
semoga hari ini menjadi satu permulaan yang membawa berkat dan pengakhiran yang membawa rahmat dariNya....


untuk makluman semua...tarikh pendaftaran WiGa KITA 2010 adalah sehingga 23 November 2010..
kepada sisters yang belum mendaftarkan diri..ayuh...boleh register pada Tikah Dolah(bangalore)..
contact no:+919742323994..


kepada mana-mana yang ingin menyertai tetapi tarikh pendaftaran telah tamat..antunna boleh terus mendaftar kepada kak ain..boleh emel pada beliau di ain_sensei@yahoo.com.


yok.....kita basahkan hati di musim sejuk ini...
semoga WiGa ini menjadi langkah untuk terus menapak langkah-langkah seterusnya....insyaAllah....

WiGa-a Step Forward

Promo WiGa KITA 2010 Ep 2

Promo WiGa KITA 2010 Ep 1







Tuesday, November 16, 2010

Salam Eid Adha 1431H

Assalamualaikum 

Apa khabar semua?

Adakah masih dalam iman al amiq (iman yg mendalam) 
dan amal al mutawasil (amal yg tersusun)?
Moga2 Allah terus membantu dan mempermudahkan kita untuk benar2 crystal clear dlm melakukan sesuatu untukNya...
Iya, Allah itu Maha Sempurna dan Dia sukakan jua yang benar2 bersungguh2...
Kita usaha sama-sama, ya? 


Saat ini takbir Eidul Adha terus saya biarkan beralun untuk kesekian kali. Cuba dibasahi hati dengar takbir yg mengagungkan Pemilik nyawa ini dan alam semesta...

Memikirkan bahawa bapa kita, Ibrahim telah seikhlasnya mengorbankan Ismail kerana mentaati Allah, harusnya menjadikan kita semakin taqarrub (mendekat) dan tawajjuh (menghadap) pada Allah. Sungguh, pengorbanan (tadhiyyah) seumpama itu hanya bisa dilakukan oleh hamba yang benar memahami hakikat kehidupan dan hakikat dirinya sebagai manusia...

Jom kita renungkan sama2 pengorbanan yang telah dilakukan oleh bapa kita, Ibrahim serta kerabatnya hinggalah sampai kepada kekasih yang terlalu mencintai umatnya, Muhammad saw.

Jika tidak kerana darah, peluh, air mata, lapar, dahaga, pengusiran dan pembantaian serta banyak lagi lainnya, entah di mana agaknya kita pada detik ini...

Moga teladan yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah saw dan Ibrahim as menjadi catalyst untuk kita terus berusaha memahami hakikat Islam sebenar..

Salam Eidul Adha...

Wassalam







Monday, October 25, 2010

yuk, kita mulakan !!!

... subhanallah alhamdulillah allahuakbar ...
tasbih
tahmid
takbir

... segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam ..

untuk seorang pelajar, harinya bermula dengan cikgu dan sekolah
untuk seorang doktor, harinya bermula dengan pesakit dan hospital
untuk seorang arkitek, harinya bermula dengan pelan dan bangunan
untuk kami, hari kami bermula dengan misi ~ Menyebar Al Haq, Menyubur Kasih pada Ilahi

selamat memulai hari agar dilimpahi reda dan berkah yang berpanjangan
 



... salam perjuangan ...