Tuesday, November 16, 2010

Salam Eid Adha 1431H

Assalamualaikum 

Apa khabar semua?

Adakah masih dalam iman al amiq (iman yg mendalam) 
dan amal al mutawasil (amal yg tersusun)?
Moga2 Allah terus membantu dan mempermudahkan kita untuk benar2 crystal clear dlm melakukan sesuatu untukNya...
Iya, Allah itu Maha Sempurna dan Dia sukakan jua yang benar2 bersungguh2...
Kita usaha sama-sama, ya? 


Saat ini takbir Eidul Adha terus saya biarkan beralun untuk kesekian kali. Cuba dibasahi hati dengar takbir yg mengagungkan Pemilik nyawa ini dan alam semesta...

Memikirkan bahawa bapa kita, Ibrahim telah seikhlasnya mengorbankan Ismail kerana mentaati Allah, harusnya menjadikan kita semakin taqarrub (mendekat) dan tawajjuh (menghadap) pada Allah. Sungguh, pengorbanan (tadhiyyah) seumpama itu hanya bisa dilakukan oleh hamba yang benar memahami hakikat kehidupan dan hakikat dirinya sebagai manusia...

Jom kita renungkan sama2 pengorbanan yang telah dilakukan oleh bapa kita, Ibrahim serta kerabatnya hinggalah sampai kepada kekasih yang terlalu mencintai umatnya, Muhammad saw.

Jika tidak kerana darah, peluh, air mata, lapar, dahaga, pengusiran dan pembantaian serta banyak lagi lainnya, entah di mana agaknya kita pada detik ini...

Moga teladan yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah saw dan Ibrahim as menjadi catalyst untuk kita terus berusaha memahami hakikat Islam sebenar..

Salam Eidul Adha...

Wassalam







No comments:

Post a Comment