Tuesday, November 30, 2010

HATI... bila dibasahi iman... ^_^

assalamualaikum sisters...

apa khabar iman dan amal hari ini?
moga2 terus dapat menikmati dan mensyukuri segala nikmat dan  rahmat Ilahi dengan penuh kesedaran, keinsafan dan penuh pengharapan (^_^)

teringat saya kepada quote seorang sister...

hidayah ni umpama hujan. dia akan turun dan membasahi kawasan yg dicover oleh awan dan ke mana angin meniup awan tu.dan yg uniknya adalah tanah yg disirami hujan. ada tanah yang menumbuhkan pokok bunga yang indah dan buah-buahan yang enak selepas hujan turun. manfaatnya dirasai oleh sang burung, herbivor, omnivor dan termasuk manusia. pendek kata, memang banyak manfaat bila tanah tu, menumbuhkan pokok2 indah selepas hujan.

dalam keadaan lain, ada tanah yang tidak menumbuhkan apa2, biar pun disimbahi air hujan yang banyak. basah seketika tetapi kering semula selepas beberapa ketika. perubahan pada tanah? tiada. hanya basah lalu kering kembali. pendek kata, agak rugi hujan tu turun tetapi tidak memberi manfaat pada manusia.

ada juga keadaan, air hujan yang turun membawa maut. air tu tertakung dalam bekas, lama2 menjadi sarang nyamuk. nyamuk ni membiak dan membiak lalu membunuh manusia. memang bahaya! ada juga yang bertakung, lalu busuk sendiri. hanya nyamuk dan benda2 kotor sahaja yang mampu berada di dalam air busuk itu. pendek kata, memang bahaya dan menakutkan bila air hujan yang turun sekadar bertakung, kerana boleh busuk dan membunuh manusia!"

begitulah juga hati kita. hidayah allah akan datang tanpa kita sedar dan hanya boleh disense oleh sesungut hati kita, bukan sesungut akal. bila hati yang menakung hidayah itu dapat mengalirkannya ke segenap tubuh dan manusia lain, ianya pasti mendatangkan manfaat yang sangat besar. allah itu terlalu pengasih untuk sentiasa menurunkan hujan hidayah pada kita. dan untuk merasainya, kita sendiri perlu merasa indah dan nikmat bila diturunkan hujan.

kerana itulah, kita perlu menyemai terlebih dahulu benih2 iman dan cinta pada allah. agar nanti, bila hujan hidayah turun, akan tumbuh di sana pokok2 bunga indah dan pokok2 buah2an lazat yang mencantikkan dan mengasyikkan dalam taman hati kita. pada detik itu, tentu karat2 jahiliah cuba untuk menempel terus. namun, kita sendiri akan berasa jelik melihat karat jahiliah itu mencemari taman hati kita...

!_! betapa BANYAK pun DOSA telah kita lakukan, ALLAH YANG MAHA MENGAMPUNI segala dosa, terus-terusan menurunkan hujan hidayah pada kita... dan yang boleh sedar akan hal ini, adalah HATI !_!


JOM, SAMA2 KENALI DIRI KITA, SELAMI HATI KITA, DAN FAHAMI KENAPA KITA DIJADIKAN ALLAH DI MUKA BUMI YANG AMAT LUAS INI!!!

Jumpa ANDA di WINTER GATHERING 2010
- AT TORIQ ILA QULUBUNA-
-JALAN KE HATI KITA -

@

Nandi Hills, Bangalore


Insyaallah ^_^

No comments:

Post a Comment